This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

KEM NADI ILMU AMALAN MEMBACA

Program yang dapat memantapkan lagi penguasaan murid dalam bahasa Malaysia

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Merasmikan Kem Nadi Ilmu Amalam Membaca Daerah Kuala Selangor

Salah Satu program bacaan yang di jalankan di sekolah

Tuesday 30 April 2013

VIDEO PENGAJARAN


VIDEO LAGU KANAK-KANAK


CERITA KANAK KANAK


Thursday 11 April 2013

Bank Soalan UPSR

Sila tunggu sebentar dan masukkan awan kedalam kotak tersebut

Wednesday 10 April 2013

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF


Ayat Aktif
Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-).

Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh.


Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.

Ayat Aktif
Ayat Pasif

1. Saya sudah menyiapkan semua kerja
    sekolah.
1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan.
2.Kami mesti menumpukan perhatian apabila guru mengajar.
2.Perhatian mesti kami tumpukan apabila guru mengajar.
3. Kamu perlu mengajarnya menulis jawi.
3.  Menulis jawi perlu kamu ajar kepadanya.
4. Ayah membelah kayu api itu.
4.  Kayu api itu dibelah oleh ayah.
5. Mereka sedang menganyam tikar mengkuang 
   itu.
5.  Tikar mengkuang itu sedang dianyam oleh 
     mereka.


Jenis-jenis Ayat Aktif

Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:-

                1.   Ayat aktif transitif
                2.   Ayat aktif tak transitif

a)   Ayat Aktif Transitif

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek.


b)   Ayat Aktif  Tak Transitif


Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.
Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini.
1.   Anak kecil itu pandai menyanyi.
2.   Ibunya sedang mandi.
3.   Motosikal itu terjunam ke dalam gaung.


 Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyaobjek di dalamnya. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek di dalam ayat tersebut.

Jenis-jenis Ayat Pasif

Dalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang berikut:-

                1.   Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta, hamba, patik, daku, kami dan beta)
                2.   Ayat pasif diri kedua    - (anda, awak, engkau, kamu, kalian dsb)
                3.   Ayat pasif diri ketiga    - (dia, mereka, nya, beliau, Ali dsb)

Perhatikan penerangan di bawah ini.

a)   Ayat Pasif Diri Pertama
Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya.
Ayat contoh:
b)       Rumah itu saya bina.
b)       Kereta itu kami beli.
b)       Jambatan itu aku robohkan.

b)   Ayat Pasif Diri Kedua
Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya.
Ayat contoh:
                1.   Jam tangan itu kamu beli?
                2.   Kasut kulit itu awak gilap?
                3.   Buku novel itu anda baca?

c)   Ayat Pasif Diri Ketiga
Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya.
Ayat contoh:
                1.   Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka.
                2.   Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.
                3.   Lori panjang itu dipandu olehnya/dia.

·         Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.

·         Elakkan daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.
Contoh:
                1.a)   Bilik tidur itu mereka kemaskan. (X)
                   b)   Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. (√)

                2.a)   Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu. (X)
                   b)   Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. (√)

                3.a)   Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X)
                   b)   Nasi itu telah saya tanak. (√)

                4.a)   Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak? (X)
                   b)   Pasu bunga itu telah awak pecahkan? (√)