Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama.
Ayat perintah.
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Ayat contoh:
1) Berdiri di atas kerusi itu.
2) Ikat tali kasut anda dengan betul.
3) Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
4) Tolong angkat baju itu.
5) Mengucaplah banyak-banyak.
6) Sila jamu selera.
7) Syukurlah kamu sudah kembali.
8) Harap-harap hari tidak hujan.
Ayat nafi
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
Ayat contoh:
1) Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
2) Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.
Ayat Tanya.
Ayat penyata Ayat tanya
Digunakan untuk bertanya atau menyoal.
Ayat contoh:
1) Tetamu sudah tib
2) Buah itu sudah masak?
3) Mereka hendak menolong kita?
4) Sudah tibakah tetamu?
5) Sudah masakkah buah itu?
6) Hendak menolong kitakah mereka?
Ayat Penyata.
Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan.
Ayat contoh:
1) Mereka berkumpul di padang sekolah.
2) Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu
3) Bangunan sekolah sudah tua.
4) Pemuda itu membawa ibunya ke klinik.
Ayat Silaan.
Ayat silaan iaah untuk menjemput atau menyilakan orang melakukan sesuatu. Ayat-ayat ini menggunakan kata perintah seperti jemput dan sila.
Partikel -lah juga boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Ayat contoh:
1) Sila jawap surat ini sekarang
2) Silalah jawap surat ini sekarang. (Lebih lembut)
Ayat permintaan.
Ayat permintaan bertujuan meminta sesuatu dan biasanya menggunakan kata perintah tolong dan minta.
Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan lagi ayat.
Ayat contoh:
1)Tolong bersihkan bilik darjah ini.
2) Tolonglah aku kali ini.
Ayat Seruan.
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )
Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Ayat contoh:
1) Amboi, cantiknya baju kamu!
2) Aduh, sakitnya perut aku!
3) Oh, dia sudah pergi ke sekolah !
Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Ayat contoh :
1) Lelaki gemuk itu sedang menembak burung.
Ayat Majmuk.Ayat Majmuk adalah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
Ayat contoh :
A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )
Thursday, 16 May 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment