Wednesday, 10 April 2013

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF


Ayat Aktif
Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-).

Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh.


Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.

Ayat Aktif
Ayat Pasif

1. Saya sudah menyiapkan semua kerja
    sekolah.
1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan.
2.Kami mesti menumpukan perhatian apabila guru mengajar.
2.Perhatian mesti kami tumpukan apabila guru mengajar.
3. Kamu perlu mengajarnya menulis jawi.
3.  Menulis jawi perlu kamu ajar kepadanya.
4. Ayah membelah kayu api itu.
4.  Kayu api itu dibelah oleh ayah.
5. Mereka sedang menganyam tikar mengkuang 
   itu.
5.  Tikar mengkuang itu sedang dianyam oleh 
     mereka.


Jenis-jenis Ayat Aktif

Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:-

                1.   Ayat aktif transitif
                2.   Ayat aktif tak transitif

a)   Ayat Aktif Transitif

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek.


b)   Ayat Aktif  Tak Transitif


Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.
Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini.
1.   Anak kecil itu pandai menyanyi.
2.   Ibunya sedang mandi.
3.   Motosikal itu terjunam ke dalam gaung.


 Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyaobjek di dalamnya. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek di dalam ayat tersebut.

Jenis-jenis Ayat Pasif

Dalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang berikut:-

                1.   Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta, hamba, patik, daku, kami dan beta)
                2.   Ayat pasif diri kedua    - (anda, awak, engkau, kamu, kalian dsb)
                3.   Ayat pasif diri ketiga    - (dia, mereka, nya, beliau, Ali dsb)

Perhatikan penerangan di bawah ini.

a)   Ayat Pasif Diri Pertama
Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya.
Ayat contoh:
b)       Rumah itu saya bina.
b)       Kereta itu kami beli.
b)       Jambatan itu aku robohkan.

b)   Ayat Pasif Diri Kedua
Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya.
Ayat contoh:
                1.   Jam tangan itu kamu beli?
                2.   Kasut kulit itu awak gilap?
                3.   Buku novel itu anda baca?

c)   Ayat Pasif Diri Ketiga
Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya.
Ayat contoh:
                1.   Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka.
                2.   Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.
                3.   Lori panjang itu dipandu olehnya/dia.

·         Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.

·         Elakkan daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.
Contoh:
                1.a)   Bilik tidur itu mereka kemaskan. (X)
                   b)   Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. (√)

                2.a)   Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu. (X)
                   b)   Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. (√)

                3.a)   Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X)
                   b)   Nasi itu telah saya tanak. (√)

                4.a)   Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak? (X)
                   b)   Pasu bunga itu telah awak pecahkan? (√)

20 comments:

  1. pening kepala dengan icon yang bergerak..susah nak baca

    ReplyDelete
  2. Saya dah copy ilmu yg tuan kirimkan dalam blog tuan. Mohon dihalalkan. Mudah2an usaha tuan ini akan diberkati Allah.

    ReplyDelete
  3. Saya nak copy ayat aktif dan pasif ya

    ReplyDelete
  4. kalau boleh mintak buang icon berwarna kuning tu ye.susah nak membaca.btw terima kasih ye dgn nota ini.sangat membantu

    ReplyDelete
  5. HAHAHAHAH ngam anak mata ku mcm pandai lari lari ah dari membaca terikutan icon toh...

    ReplyDelete
  6. Trima ksih..n ia amat mmbntu..

    ReplyDelete
  7. Trima ksih..n ia amat mmbntu..

    ReplyDelete
  8. terima kasih daun keladi,
    mohon halalkan ilmu yang diberi

    ReplyDelete
  9. sya copy yaa. tolong halalkan . trima kasih:)

    ReplyDelete
  10. sy mohon nota tuan..moga halal unia akhirat..terima kasih

    ReplyDelete
  11. zarul memasukkan wang syiling ke dalam mesin pengerig pakaian itu. apakah ayat pasif

    ReplyDelete
  12. zarul memasukkan wang syiling ke dalam mesin pengerig pakaian itu. apakah ayat pasif

    ReplyDelete
  13. Bukan ayat pasif. Sebab: kata kerja "memasukkan" perlu di tukar kepada dimasukkan .Contoh ayat pasif: Wang syiling dimasukkan oleh Zarul ke dalam mesin pengering pakaian. - roda79.blogspot.com -

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah orang tu tanya apa ayat pasif untuk ayat yang dia bagi tu

      Delete
  14. Terima kasih tuan memberi sedikit tunjuk ajar daripada jawapan diatas. Sy memahami cara penggunaan tatabahasa

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete