Thursday, 16 May 2013

Penjodoh Bilangan


Nota 

1. Penjodoh bilangan adalah kata yang digunakan bersama-sama dengan 
kata bilangan.

2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda 
mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.

3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta 
penggunaannya.


Penjodoh Bilangan dan Penggunaan:


baris:
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya


batang:
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya


biji:
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya


cucuk:
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya


das:
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam


ekor:
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya


gugus:
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya


ikat:
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya


jambak:
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya


keping:
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya


ketul:
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya


laras:
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya


lembar:
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya


pasang:
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya


sikat:
Untuk pisang


ulas:
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya


utas:
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya




Tulis penjodoh bilangan yang sesuai.. 

1) Se ___________________ tiang lampu di tepi jalan itu telah tumbang. 

2) Bapa Ali sedang menebang pokok dengan menggunakan se___________________ kapak yang tajam. 

3) Ibu membelikan adik dua ___________________ stoking baru. 

4) Saya telah makan tiga _____________________ kuih talam ubi di gerai Pak Dol. 

5) Lelaki yang kejam itu memukul seekor anjing dengan se____________________ rantai basikal. 

6) Orang kaya itu membeli se___________________ permata yang bermutu tinggi. 

7) Sudin mengutip se_____________________ batu kecil lalu mencampaknya ke dalam sungai. 

8) Pengganas itu telah menembak orang itu dengan menggunakan se ___________________ senapang otomatik. 

9) Saya hanya mampu makan beberapa ___________________ cempedak sahaja kerana perut saya kenyang. 

10) Sudin makan tiga ___________________ telur ayam separuh masak untuk sarapan. 

11) Beberapa _________________ daun kering telah gugur dari pokok itu. 

12) Se __________________ rantai emas telah diragut dari leher wanita itu. 

13) Saya menerima se_________________ kad jemputan hari lahir daripada kawan baik saya. 

14) Razali membeli se___________________ basikal di kedai itu. 

15) Bapa menggali lubang dengan menggunakan se___________________ cangkul. 

0 comments:

Post a Comment